13 Adat Makan Makanan Dari Seluruh Dunia Yang Perlu Kita Tahu !!!


Setiap negara di dunia ini mempunyai cara pemakanan dan adat makan yang tersendiri. Ketika mengembara di perantauan, ianya penting untuk mengenali adat makanan sebagai tanda hormat ke atas tradisi tempatan yang unik...

Berikut adalah beberapa tatatertib makanan yang  perlu anda sedar apabila berada di negara yang lain...

Thailand

Makan menggunakan garpu adalah tidak sopan di Thailand. Di sini, garpu hanya digunakan untuk menolak makanan ke atas sudu yang kemudiannya disuap ke dalam mulut..


Jepun

Menghirup mi dan sup dengan kuat di Jepun adalah adat yang sopan kerana ini menunjukkan anda telah menikmati makanan yang dihidang ..


Korea Selatan

Sebagai tanda hormat, ahli keluarga yang tertua akan duduk di meja malam dan menjamu selera sebelum yang lain ..


Inuit Kanada

Kentut selepas makan adalah satu tanda penghargaan untuk tuan rumah ..



China

Meninggalkan pinggan yang kosong dianggap biadap kerana ia bererti anda tidak diberi makanan yang mencukupi. Tetapi di India dan Jepun, ia bermaksud anda telah menikmati hidangan itu...


Bulgaria

Tidak disarankan untuk membawa bunga kuning sebagai hadiah kerana di Bulgaria warna kuning melambangkan kebencian..


Chile

Anda tidak digalakkan untuk makan dengan tangan tetapi wajib menggunakan garpu dan pisau ketika makan...



Itali

Jika piza anda tidak dihidang dengan keju Parmesan, anda harus berdiam sahaja kerana ia adalah satu ‘dosa’ makanan untuk meletakkan keju Parmesan di atas piza...



Afghanistan

Sanggupkah anda ciumkan roti yang jatuh ke atas lantai? Anda wajib lakukan demikian di Afghanistan!


Perancis

Di Perancis, anda tidak harus memuji makanan yang dihidang dan juga tidak harus menggunakan pisau untuk memotong salad...


Turki

Bersendawa selepas makan dianggap sebagai satu tanda kenyang dan perhargaan kepada tuan rumah..


New Zealand

Berbincang dan bercakap ketika makan harus pada tahap yang minima kerana tumpuan harus diberi kepada makanan...



Australia

Anda tidak harus lambat ke majlis makan kerana ia dianggap biadap di Australia



Kredit Foto: Tumblr, Giphy, Collider

0 Response to "13 Adat Makan Makanan Dari Seluruh Dunia Yang Perlu Kita Tahu !!!"

Post a Comment