5 Tempat Paling Menakjubkan Di Dunia ,Jom Ke Sana !!!




Dunia kita penuh dengan keajaiban alam yang sungguh menakjubkan. Keindahan alam yang semula jadi ini memberikan ketenangan dalam kehidupan kita. Adakah anda mempunyai hasrat untuk melawat sekurang-kurangnya satu tempat yang menakjubkan di dunia ini?

Kami telah memetik 5 tempat paling cantik dan menakjubkan dari seluruh dunia.

1 : Pamukkale, Turki


Pamukkale adalah bahasa Turki yang bermaksud istana kapas. Tempat ini juga digelar sebagai istana putih kerana persekitarannya yang putih. Malah, air panas di kawasan ini dijadikan sebagai ‘spa’ untuk  tujuan perubatan sejak ribuan tahun dahulu dan keistimewaan ini menarik pengunjung dari serata dunia...

2 : Sanqingshan, China


Sanqingshan dikatakan sebagai tempat suci bagi penganut agama Tao untuk kegiatan meditasi, dan dipercayai mampu memberikan keabadian hidup. Tempat ini diselubungi kabus selama 200 hari setahun lalu menyumbang kepada persekitaran yang cantik dan aman. Bukan itu sahaja, terdapat juga formasi batu granit yang menyerupai bentuk manusia, tasik – tasik yang cantik dan spesis burung yang unik.

3 : Laut Mati, Jordan


Laut Mati juga dikenali sebagai Laut Garam.  Laut ini terletak di sempadan Jordan dan Israel. Oleh kerana kemasinan dan kepadatannya sangat tinggi, laut ini digelar sebagai Laut Mati. Kawasan ini juga terkenal dengan sifatnya yang boleh mengapungkan manusia di atas permukaan air. Jika kita mandi di laut ini, badan kita akan terapung - apung dan tidak tenggelam. Malah, hidupan air seperti ikan juga tidak mampu untuk hidup di sini.

4 : Chocolate Hills, Filipina



Chocolate Hills merupakan tempat tarikan pelancong yang paling popular di Bohol, Filipina. Kawasan bukit yang terdiri daripada kira-kira 1268 bukit batu kapur dengan ketinggian antara 40-120 meter ini diklasifikasikan sebagai satu keajaiban alam.

Semasa musim panas, bukit batu kapur yang dilitupi rumput ini akan kering lalu bertukar warna menjadi perang dan mengubah menjadi barisan bukit yang kelihatan seperti coklat. Sehingga kini, tidak ada pembentukan semulajadi yang seumpamanya di dunia. Sungguh menakjubkan!

5 : Cano Cristales, Colombia



Cano Cristales merupakan sungai yang terletak di pergunungan Serrania de la Macarena. Pengunjung ke kawasan ini perlu menaiki kuda, keldai atau berjalan kaki kerana kawasannya amat terpencil....

Sungai ini akan bertukar menjadi berwarna - warni semasa musim hujan dan musim kemarau. Alga yang terdapat dalam sungai ini akan menghasilkan campuran warna merah, biru, hijau, hitam dan kuning. Sungai ini juga digelar sebagai ‘ The River of Five Colours’,’ The Liquid Rainbow’ dan ‘The River That Ran Away From Paradise’. Memang unik kan!!!!


Kredit Gambar: Ohdunia

0 Response to "5 Tempat Paling Menakjubkan Di Dunia ,Jom Ke Sana !!!"

Post a Comment