Iktibar Untuk Pengantin Remaja Dan Juga Pengajaran Untuk Kita Semua ,,,Jangan Dah Pejam Mata Baru Nak Menyesal !!!!
Abang bimbang dengan keadaan abang sebegini.....
apapun kepada Tuhan abang berserah..
Abang akan berusaha menjaga kesihatan...
Apa yang abang ingin sampaikan di dalam catatan ini ialah
abang sangat mencintai sayang. Abang doakan sayang berubah
menjadi isteri yang lebih baik dan solehah....
Perjalanan kita masih panjang dalam mendapatkan kasih sayang Tuhan.
Kita begitu memerlukan Tuhan. Keluh kesah, merungut dan mengeluh
adalah tanda hati kita masih jauh dengan Tuhan.
Sepatutnya sebagai hamba Allah, kita sangat merendah diri
dan tahu untuk bersyukur atas segala nikmat Tuhan kepada kita.
Bersikap redhalah dengan apa jua ketentuanNya.
Itulah kebahagiaan kita yang hakiki...
Sukalah abang nyatakan di sini:
Apapun yang sayang lakukan terhadap abang,
abang telah maafkan. Kalaupun abang tidak dapat berikan semua hajat
dan hasrat yang diminta oleh sayang selama ini, tetapi abang hadiahkan
keampunan dan keredaan dunia akhirat dari abang terhadap sayang.
Jika abang pergi terlebih dahulu, sayang pasti tahu, tidak mudah bertemu
dengan orang seperti abang di dunia ini!
Mohon ampunkan abang dan redhalah dengan apa jua
kelemahan serta kekurangan abang!! - suamimu Abdul Halim Bin Haji Abdul Rahim...
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!! Aku hanya mampu membiarkan air mataku mengalir semahu-mahunya. Aku menyesal tapi apakah lagi yang mampu aku berbuat melainkan sebanyak-banyaknya meminta ampun dengan Allah swt. Tidak ada lagi kebahagiaan atau keceriaan di dalam hidupku kini dan selamanya. Moga Tuhan ampunkan aku dan moga benar-benarlah aku berpeluang mendapat redha suamiku.
Akhirnya aku berpesan kepada anda semua para isteri dan para suami;
Untuk para suami, Jadilah seperti suamiku! Teruslah bersabar dengan karenah isteri. Kami memang dilahirkan tidak sempurna. Watak kami lemah dan mudah tunduk dengan godaan nafsu dan syaitan. Jiwa kami mudah mengalah dengan kesempitan dan kesulitan walaupun ramai wanita pilihan yang berjaya menjadi wanita solehah atau wanita contoh. Kami hanya orang biasa. Sukarnya kami untuk merendah diri. Ampunkanlah kami dan teruslah pimpin kami. Didiklah kami dengan iman dan Islam. Bantulah kami untuk merasai kebesaran Allah swt. Kami perlukan suami yang tidak mudah putus asa dalam mendidik kami. Kami akan sanggup bersusah payah untuk membahagiakan suami jika nafsu kami berjaya dijinakkan oleh suami. Jadilah model seperti suamiku di dalam rumah tangga kami (walaupun aku sendiri tidak menghargainya sepanjang hidupnya) dan..... memang benar kata-kata suamiku, aku memang sukar mencari seorang lelaki sehebatnya di dunia ini!!
Untuk para isteri, berubahlah apabila anda membaca kisah sedih aku ini. Kita para isteri yang kurang ajar dan menderhakai suami kita memang patut menerima keperitan dan kesakitan. Tuhan pasti akan menghukum kita dengan berbagai cara. Yang pastinya ianya perit untuk kita tanggung jika kita belum mampu mendidik nafsu kita. Bayangkan hukuman Tuhan di dalam kubur dan di akhirat!! Bagi yang masih ada suami, jadikanlah suami anda benar-benar sebagai pemimpin anda. Jadikan beliau tempat anda merujuk dan bertanyakan panduan serta meminta pimpinan. Buanglah ego sejauh-jauhnya untuk tunduk berkhidmat setulus hati terhadap suami anda. Banggalah dengan suami anda kerana itulah jodoh yang telah disusun Tuhan untuk anda. Terimalah suami seadanya. Mungkin dia ada kelemahan tetapi kelemahan kita sebagai isteri berganda-ganda lagi banyaknya. Jadikanlah suami sebagai jambatan mendapatkan Tuhan menuju keselamatan dunia dan akhirat
Aku sebenarnya malu menyampaikan nasihat ini tetapi aku rasa didorong-dorong untuk menuliskan sebagai tatapan orang lain. Semoga penyesalanku menjadi iktibar untuk orang lain. Tuhan ampunkanlah aku !!!!
- Isteri yang berdosa....
SUMBER : http://kakipoyo.blogspot.com
0 Response to "Iktibar Untuk Pengantin Remaja Dan Juga Pengajaran Untuk Kita Semua ,,,Jangan Dah Pejam Mata Baru Nak Menyesal !!!!"
Post a Comment