Masakan Terakhir Ibu!!!!

Ulu Kelang : “Habis seperiuk lauk rendang ayam dimasak emak saya makan, tak sangka itulah masakan terakhir arwah yang sempat saya rasa,” kata rocker terkenal, Azhar Othman atau Awie, 48, menceritakan semula kejadian malam sebelum pemergian ibunya, Azizah Abd Hamid, 75, jam 8 pagi semalam...

Vokalis kumpulan Wings itu ketika ditemubual di kediaman arwah ibunya, berkata, selain rendang, ibunya juga menyediakan hidangan ikan bilis goreng berlada dan kerana kelazatan masakan air tangan ibunya agak luar biasa berbanding sebelumnya, Awie sempat meminta resipi...

“Hidangan makan malam semalam (tadi) memang sangat sedap berbanding masakan emak sebelum ini. Satu periuk rendang ayam saya habiskan sebaik pulang dari latihan pementasan teater Takhta 3 Ratu di Istana Budaya. Malah, satu lagi menu ikan bilis berlada dimasak arwah sempat saya tanyakan resipinya,” katanya...

Azizah dikatakan terjatuh di bilik air rumahnya di Ukay Perdana, Ampang, sebelum ia disedari pembantu rumah. Anak Awie iaitu Rizki turut menyedari kejadian itu...


SUMBER:HARIAN METRO

0 Response to "Masakan Terakhir Ibu!!!!"

Post a Comment