WASHINGTON: Seorang lelaki dari Virginia Barat ditangkap kerana menyeksa isterinya, menjadikannya hamba dan tebusan dengan merantainya selama hampir 10 tahun.
Menurut media tempatan, pegawai di Jackson County menuduh Peter Lizon bertindak jahat selepas isterinya muncul di sebuah pusat perlindungan dengan parut pada pergelangan tangan dan kaki akibat dirantai baru-baru ini. Lizon, 37, juga didakwa memukul kaki isterinya dengan peralatan pertanian...
Dia memanggil isterinya, Stephanie, 43, ‘hamba’ dan memaksa wanita itu melutut setiap kali dia memasuki bilik....
Stephanie mengalami kecederaan serius pada seluruh tubuhnya, dari melecur teruk pada dada dan belakang badan akibat ditekap dengan besi dan kuali panas sehingga patah jari dan berparut, menurut tuduhan jenayah yang difailkan oleh seorang wanita yang menemui mangsa di pusat perlindungan itu. Wanita itu juga mendakwa Lizon memukul isterinya di perut ketika dia mengandung, menyebabkan mangsa keguguran sebelum lelaki itu menanam mayat janin yang sudah membesar menjadi bayi di ladangnya...
Stephanie juga dipaksa melahirkan seorang lagi anak sambil dia dirantai. Dia dan dan anaknya tidak pernah menerima rawatan perubatan sejak itu...
Bagaimanapun, peguam Lizon, Shawn Bayliss menolak dakwaan itu dengan memberitahu stesen televisyen WSAZ, keguguran yang dialami Stephanie berpunca daripada kemalangan jalan raya. Menurutnya, wanita yang memfailkan tuduhan itu mengalami masalah mental dan berkata, Stephanie tetap mempertahankan suaminya...
Namun Peter Lizon dilepaskan atas dakwaan melakukan penderaan terhadap isterinya apabila isterinya menolak semua dakwaan kekerasan yang dilakukan suaminya terhadapnya di mahkamah...
sumber;ejen info
0 Response to "Zalim!! Lelaki Rantai Isterinya Selama 10 tahun dan Paksa Lahirkan Anak Dalam Keadaan Berantai !!!!"
Post a Comment