Isteri kepada Shahrizam Abdullah, lelaki yang ditangkap khalwat dengan pelakon Putri Mardiana pada awal pagi Ahad lepas mendedahkan dia dan suami masih belum bercerai.
Wanita tersebut telah meninggalkan komen di laman sosial Facebook salah seorang kenalannya dengan memberitahu tentang status terkini kes perbicaraan mahkamah dia dan suami.
Norhasni Md. Hashim menulis bahawa dia dan suami Shahrizam atau dikenali sebagai ‘Ejump’ masih suami isteri kerana cerai masih belum dilafazkan.
Dia turut memberitahu ‘Ejump’ tidak mahu melafazkan cerai dan perbicaraan masih berjalan, sekaligus menyangkal dakwaan Putri Mardiana kepada sebuah blog hiburan yang menyatakan kes teman lelakinya dengan isteri sudah selesai...
Selain itu, Norhasni turut membidas kenyataan Putri Mardiana bahawa ‘Ejump’ masuk ke dalam rumahnya hanya untuk meminum air sebagai sesuatu yang tidak berasas kerana masa yang diambil agak panjang...
Berikut kenyataan yang ditulis isteri teman lelaki Putri Mardiana, “Sorry yer sehingga saat ini ejump belum lafaz cerai dan tidak mahu lafaz cerai…kes masih berjalan…saman no: 1****-0**-0*** tahun 2014…so statement sudah diceraikan…masuk tuk minum air berjam-jam, huhuhuhu please la laaa logic la skit….”
Terdahulu, Putri Mardiana telah mengeluarkan kenyataan kepada sebuah blog hiburan dengan menyatakan ‘Ejump’ sudah melafazkan cerai terhadap isterinya pada perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin...
Malah pelakon itu tidak segan-silu mengaku hubungan cintanya dengan lelaki berstatus suami orang itu turut direstui keluarga...
Putri Mardiana juga mendedahkan sudah merancang untuk berkahwin dengan ‘Ejump’ pada tahun hadapan...
sumber:astro gempak
0 Response to "Puteri Mardiana Menipu Pasal Status Shahrizam Abdullah!!!!"
Post a Comment