Pergi Shopping Dalam Pantang, Rozita Che Wan Anggap Perkara Biasa !!!!



Ada sahajalah perkara yang dilakukan oleh Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta ini yang tidak kena di mata para peminat dunia hiburan. Dari zaman solo sehingga mendirikan rumah tangga dengan Zain Saidin sehinggalah selamat melahirkan anak...

Baru baru ini, ada peminat mendakwa terserempak dengan Rozita Che Wan di kompleks Johor Premium Outlet (JPO) yang dilihat seronok membeli belah sedangkan ketika itu beliau masih dalam keadaan berpantang mengikut resam dan adat Melayu...

“Setakat ini saya tidak pernah pun memberi kenyataan berpantang untuk tidak keluar dari rumah. Sebaliknya hanya berpantang dari segi penjagaan makanan dan dalaman badan. Jadi tak perlu nak persoalkan kenapa saya ke sana. Saya pantang orang ajak adalah.. hahaha,” ujar Che Ta...

Che Ta turut meluahkan rasa terkejut apabila kehadiran ke JPO menjadi bualan ramai, sedangkan perkara itu adalah normal bagi sesetengah golongan wanita...

“Kalau nak diikutkan saya nak duduk dalam kereta sahaja. Tapi memandangkan suami, anak-anak dan ibu keluar, maka saya pun ikut sekali. Tak mahulah duduk seorang diri dalam kereta”..

“Tetapi lain pula jadinya apabila orang mula bercakap tentang kami. Mula-mula kata suami saya sombong kerana tidak mahu ambil gambar. Lepas itu kata saya langgar pantang pula. Macam-macamlah,” tambah Che Ta lagi. Biasalah orang popular, mesti ada yang bercakap...

0 Response to "Pergi Shopping Dalam Pantang, Rozita Che Wan Anggap Perkara Biasa !!!!"

Post a Comment