Panas!!!Che Ta Dah Start Langgar Pantang???

Rozita Che Wan telah pergi ke Johor Premium Outlets (JPO) di Johor baru-baru ini walaupun belum tamat tempoh berpantang selama 40 atau 44 hari yang selalunya menjadi adat orang Melayu...


 Rozita Che Wan berkata perkara ini tak patut dan tidak perlu diperbesar-besarkan. Dia juga tidak pernah membuat sebarang kenyataan berpantang enggan keluar rumah...

Ini kata Rozita Che Wan: (mStar)..

"Setakat ini saya tidak pernah pun memberi kenyataan berpantang untuk tidak keluar rumah. Sebaliknya hanya berpantang daripada segi penjagaan makanan dan dalaman badan.

"Jadi tak perlu nak persoalkan kenapa saya ke sana. Saya 'pantang orang ajak' adalah.. hahaha..," 

"Sebenarnya, kalau nak diikutkan saya nak duduk dalam kereta sahaja. Tetapi memandangkan suami, anak-anak dan ibu keluar, maka saya pun ikut sekali. Tak mahulah duduk seorang diri dalam kereta.

"Tetapi lain pula jadinya apabila orang mula bercakap tentang kami. Mula-mula kata suami saya sombong kerana tidak mahu ambil gambar. Lepas itu kata saya langgar pantang pula. Macam-macam..," 

Sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan Rozita dilihat sedang membeli belah bersama suami, Zain Saidin dan anaknya, Aaisyah Dhia Rana di JPO beberapa minggu lalu. Rozita Che Wan dikatakan memakai skirt pendek dan stokin panjang...

Sementara itu, Rozita berasa terkejut apabila kehadirannya ke JPO menjadi bualan ramai, sedangkan perkara itu adalah normal bagi sesetengah golongan wanita...

Mengikut adat Melayu, ibu harus berpantang selama 40 hingga 44 hari bagi mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.

Tapi ternyata itu hanya adat kerana tidak ada pun di dalam peraturan Islam.

0 Response to "Panas!!!Che Ta Dah Start Langgar Pantang???"

Post a Comment