Assalamualaikum dan salam sejahtera semua:)
Semoga kau orang semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. kalau tak sihat, banyak-banyakkan berehat dan rajin-rajinlah makan ubat:D kalau tak nak, biaq pi la kat hang nak jadik apa pun! haha.
*Arrgghh~ time nak menaip entri ni lah skrin PC ni main kelip-kelip pulaaaak…
Tiba-tiba, time duduk keseorangan kat ofis yang senyap, sunyi lantaran ramai staf yang bercuti raya, (aaahhh! cina raya, melayu pun nak raya jugak! sibuk betul. haha) aku teringat akan PERISTIWA HITAM yang PERTAMA KALI terjadi dalam hidupku. sampai sekarang traumanya kurasai. hmmm…
Entah dari mana datangnya keberanian dalam diri, menceritakan secara umum perihal PERISTIWA HITAM ini yang selalunya MALU untuk diluahkan oleh mereka yang mengalaminya. malah, lebih gemar memendam sendiri sehingga mati. iya lah, tak ramai yang sanggup mendedahkan kekurangan diri kerana malu! bagi aku, kisah hitam yang aku alami yang akan ku ceritakan ini, aku harap, akan menjadi ingatan pada semua pembaca…
*terlepas 1 keluhan berat sebelum meneruskan cerita…
Sebelum aku mendedahkan cerita sebenar, izinkan aku luahkan betapa PERISTIWA HITAM ini merubah hidupku secara total. dan aku rasa sangat bersyukur kerana suamiku masih lagi menerimaku menjadi suri hidupnya walaupun mengetahui kisah HITAMku itu.
Pertama kali PERISTIWA HITAM itu berlaku ketika di rumah. waktu itu, hanya aku, adik lelaki, dan ayah berada di rumah. mama pulak kerja kilang syif malam. aku yang meniarap di atas permaidani di ruang tamu, tekun menyiapkan kerja sekolah. aku ingat lagi, waktu itu, aku hanya memakai pakaian tidur yang pendeknya hanya paras peha.
Malam itu aku rasa lain benar apabila ayah secara tiba-tiba memanggilku dengan suara yang tegas, mengarahkan aku supaya berhenti buat homework dan masuk ke bilik tidur. “alaaa..sikit lagi je ayah..” rayuku untuk menyiapkan baki kerja sekolah yang hanya memerlukan beberapa minit je lagi untuk disiapkan. namun, pandangan tajam ayah membantutkan hasratku. nak tak nak, ku turutkan juga perintah ayah.
Tidak lama selepas beberapa langkah aku masuk ke dalam bilik tidur, aku pusing untuk tutup pintu dan “Aaaaaaaaaaaaaa!!!!” aku menjerit. terkejut kerana ayah tiba-tiba ada di belakangku. seperti kebiasaannya, ayah akan dodoikan aku tidur. usai baca doa tidur, ayah akan menciumi kedua-dua belah pipi dan dahiku. tapi malam itu, ayah mengasariku yang sedang berbaring dengan memegang kuat kedua-dua belah tangan sambil menggomol-gomol mukanya pada kedua-dua pipiku. aku rimas! cuba mengelak! usaha sekuat mungkin untuk melepaskan diri dari gomolan ayah yang semakin menggila. namun, apakan daya kudrat seorang kanak-kanak yang baru berumur 10 tahun. segala rayuan dan rintihanku minta dilepaskan, hanyalah sia-sia. malah ayah semakin menggila.
Haaaiihhh~ yang ku ingat, pandangan terakhirku waktu itu adalah ayah yang tersenyum kepuasan. aku menangis semahu-mahunya. dan selepas itu, pandanganku menjadi GELAP!
Akibat dari kejadian HITAM itu, aku merasakan duniaku menjadi gelap! tidur malamku, dihantui rasa gelisah. dan secara automatik aku akan sukar untuk bernafas kerana ketakutan. ini semua gara-gara....
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
BLACK OUT tiba-tiba kat rumah hari tu laaaaa!!!
masa ayah sakat gomol-gomol pipi aku tu la! geli tahu kena misai tajam ayah? sampai menangis aku kena sakat dek ayah! hahahaha. mahu tak terkejut tiba-tiba gelap, HITAM pekat je pandangan? aku fikir, “aku dah buta ke?” cuak sampai tahap tak boleh bernafas, tahu?! hahaha...
Ya! peristiwa rumah black out juga boleh jadi PERISTIWA HITAM dalam hidup. ke tak boleh?:p apa? ingat kes rog0l, cabul dan yang s3XS dengannya je ke yang layak jadi PERISTIWA HITAM? haha...
Sampai la dah tua bangka ni pun aku masih takut gelap. kalau tidur malam, kena ada cahaya samar-samar. kalau tidak, nanti aku tension tak boleh tidur sebab sesak nafas bercampur takut! ekekeke. nasiblah wahai encik suami dapat bini takut gelap.hari-hari tidur malam, teraaaanggg! haha...
Ehhh.. best apa tidur dalam cahaya samar-samar? nampaklah jugakkan orang sebelah kalau nak main cuit-cuit ke apa ke kan :p ok chow! nak tidur.ZzZzzZzzzz….
sumber:anak perak
0 Response to "PERISTIWA HITAM,,,,TRAUMA SAMPAI MATI!!!!!"
Post a Comment